Tuesday, 23 February 2016
KESIMPULAN
Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan di negara ini.Walaupun Perlembagaaan Negara merupakan sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci, namun perlembagaan tersebut telah berjaya melincinkan pentadbiran negara dan mewujudkan keamanan serta kestabilan negara.Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.Melalui perlenbagaan,setiap warganegara sama ada pemerintah atau rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan yang sewajarnya.Peruntukan-peruntukan utama perlembagaan merupakan satu asas yang menjadi tulang belakang kepada sistem pemerintahan di negara ini sejak merdeka sehingga kini.Malahan,wujudnya perkara-perkara yang utama tersebut telah menjadi agen penting dalam membezakan sistem pemerintahan di negara- negara dengan lain.Hal ini kerana,walaupun negara lain juga mengamalkan sistem demokrasi,namun sistem tersebut sangat berbeza dengan apa yang diamalkan di Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment