PERLEMBAGAAN BERTULIS
Merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen.Perlembagaan bertulis ini mempunyai tiga sifat iaitu kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.Selain itu,parlimen mempunyai kuasa yang membuat undang-undang tehadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan tetapi parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.Di samping itu,mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.
PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS
Merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen.Contohnya,Akta Parlimen dan keputusan mahkamah.Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis di mana parlime mendapat kuasa daripada perlembagaan.
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN
Antara kandungan perlembagaan ialah Badan Kehakiman yang bebas dari kawalan Badan Eksekutif dan Badan Legislasif.Selain itu,Malaysia sebagai negara yang mengamalkan system pengasingan kuasa serta Malaysia juga negara yang amalkan kebebasan beragama dengan agama islam sebagai agama rasmi negara.Seterusnya,Bahasa kebangsaan,kewarganegaraan serta hak-hak istimewa kaum bumiputera dan peribumi Sabah dan Sarawak.Di samping itu,Malaysia sebagai negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi dan berparlimen.Oleh itu,Malaysia sebagai negara raja berpelembagaan serta Malaysia juga sebagai sebuah persekutuan.akhir sekali,ketertinggian perlembagaan dan undang-undang.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
Perkara penting yang mencirikan perlembagaan ialah melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan,mempunyai raja berpelembagaan,mengamalkan system demokrasi berparlimen dan menjadikan agama islam sebagai agama rasmi,walau agama lain bebas diamalkan.Ini menunjukkan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sikap tolak ansur dan menjaga kepentingsn semua kaun dan bangsa.Manakala,kebebasab undang-undang di negara ini.Perlembagaan juga memperuntukkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan.ini melambangkan sikap toleransi pemerintah yang menjamin amalan demokrasi tetap wujud
No comments:
Post a Comment