Sejak tahun 1957 hingga 1982,Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali.
Perkara 159(4) Sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara majoriti 2 per 3 dalam tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis Parlimen.
Perkara 161(E) Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2 per 3 dalam setiap Majlis Parlimen jika ia dipersetujui oleh YD mana-mana negeri.
Perkenan dan persetujuan Majlis raja-raja diperlukan dalam membuat apa-apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan raja-raja melayu,kedudukan istimewa orang melayu dan beberapa perkara dianggap sensitif dalam perlembagaan,sebahagian perkara memerlukan suara majority dalam parlimen.
PERKARA YANG PERNAH DIPINDA
· Pemisahan Singapura
· Pertabalan raja
· Mengenai gender
· Pengurusan bekalan air
Pertabalan raja : Rakyat tidak lagi akan marah kepada raja kerana raja juga terhad kepada peruntukan undang-undang.Jika rakyat melakukan sesuatu kesalahan terhadap raja,maka yang menentukan hukuman ialah pengadil hakim.
KEDUDUKAN YANG DI-PERTUAN AGONG
YDP Agung perlu berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agung apabila menghadapi tindakan undang-undang.Sekiranya raja menghadapi tindakan undang-undang,raja hendaklah berhenti menjalankan fungsi baginda dan jika didapati bersalah akan dihukum penjara lebih daripada satu hari akan diturunkan takhta melainkan jika baginda diampun.
PENGURUSAN BEKALAN AIR
Membolehkan kerja persekutuan menyelia pengurusan bekalan air di peringkat negeri,kecuali di Sabah dan Sarawak.
PERLEMBAGAAN NEGERI
Terbentuk daripada perkongsian antara negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia.Perkara 71(3) perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam perlembagaan sesuatu negeri tidak dipatuhi,walauapa pun yang terkandung dalam perlembagaan ini,parlimen boleh membuat undang-undang supaya peruntukan itu dipatuhi.Peruntukan untuk kuasa-kuasa negeri diistilahkan sebagai perkara perlu.Dalam jadual kelapan,terdapat dua perutukan utama iaitu Bahagian 1(peruntukan tetap dan peruntukan kewangan).Bahagian 2(peruntukan sementara)