Wednesday, 24 February 2016

PENGENALAN





Image result for politeknik tuanku sultanah bahiyah



NAMA AHLI:

Muhammad Afiq Farhan bin Mohamed Azmi  
 16DAT15F2060         
Nanthini A/P Ravichandran                               16DAT15F2054
Muhammad Hafizul Hadi bin Burhan               16DAT15F2032       
Nur  Azmeelia binti Osman                                   
  16DAT15F2046




PERLEMBAGAAN MALAYSIA


DEFINISI PERLEMBAGAAN 


  • Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang , adat atau peraturan yang lazim dipakai . 

  • Perlembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan -keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan antara institusi kerajaan , sama ada di pusat ataupun diperingkat tempatan . 

  • Perlembagaan juga merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara . kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara . selain itu , ia juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat . 

Tuesday, 23 February 2016

Rujukan


http://www.kptg.gov.my/sites/default/files/article/perlembagaanpersekutuan.pdf
http://cgzakariasej.blogspot.my/2014/05/perlembagaan-malaysia.html
http://amanipunyu.blogspot.my/
Buku Rujukan Pengajian Am
Buku Perlembagaan Persekutuan
Berita Harian

KESIMPULAN

Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan di negara ini.Walaupun Perlembagaaan Negara merupakan sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci, namun perlembagaan tersebut telah berjaya melincinkan pentadbiran negara dan mewujudkan keamanan serta kestabilan negara.Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.Melalui perlenbagaan,setiap warganegara sama ada pemerintah atau rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan yang sewajarnya.Peruntukan-peruntukan utama perlembagaan merupakan satu asas  yang menjadi tulang belakang kepada sistem pemerintahan di negara ini sejak merdeka sehingga kini.Malahan,wujudnya perkara-perkara yang utama tersebut telah menjadi agen penting dalam membezakan sistem pemerintahan di negara- negara dengan lain.Hal ini kerana,walaupun negara lain juga mengamalkan sistem demokrasi,namun sistem tersebut sangat berbeza dengan apa yang diamalkan di Malaysia.

Wednesday, 10 February 2016

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN






  • Perlembagaan Malaysia pertama kai dikenali sebagai perlembagaan tanah melayu hari kemerdekaan dicapai . kemudian nama tu diubah kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 september 1963 selepas pembentukan Malaysia

  • Pembentukan Perlembagaan Malaysia telah melalui proses sejarah yang agak panjang . Ia bermula dengan penguasaan british ke atas negeri perak , Selangor  negeri Sembilan dan Pahang juga dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu  (NNMB)

    • Walau bagaimanapun , bentuk pemerintahan baharu itu mendapat tentangan yang hebat daripada orang melayu . Penentangan ini menyebabkan british memperkenalkan pula satu lagi bentuk pentadbiran yang baharu iaitu Perjanjian Persekutuan 1948 .

      • Hasil daripada perjanjian ini , lahirlah satu perlembagaan baharu bagi tanah melayu yang berkuat kuasa pada 1 februari 1948 . Perlembagaan baharu itu dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 .

      • Persidangan tersebut telah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipengerusikan oleh Lord Reid (England) , Sir Ivor Jennings (Uk), Sir William Makell (Australia), B . Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan) .



      • Perlantikan orang luar dalam penggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan masalah berat sebelah . Suruhanjaya reid telah mengadakan referendum dalam kalangan semua penduduk tanah melayu termasuk orang awam , parti politik , badan awam dan sebagainya . Akhirnya draf Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 ogos 1957 .

      LAMPIRAN

      Gambar-gambar tentang perlembagaan malaysia









      Keratan akhbar tentang perlembagaan malaysia













      Carta-carta tentang perlembagaan malaysia



















      BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN

      PERLEMBAGAAN BERTULIS

             Merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen.Perlembagaan bertulis ini mempunyai tiga sifat iaitu kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.Selain itu,parlimen mempunyai kuasa yang membuat undang-undang tehadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan tetapi parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.Di samping itu,mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.

      PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS 

             Merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen.Contohnya,Akta Parlimen dan keputusan mahkamah.Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis di mana parlime mendapat kuasa daripada perlembagaan.


      KANDUNGAN PERLEMBAGAAN

             Antara kandungan perlembagaan ialah Badan Kehakiman yang bebas dari kawalan Badan Eksekutif dan Badan Legislasif.Selain itu,Malaysia sebagai negara yang mengamalkan system pengasingan kuasa serta Malaysia juga negara yang amalkan kebebasan beragama dengan agama islam sebagai agama rasmi negara.Seterusnya,Bahasa kebangsaan,kewarganegaraan serta hak-hak istimewa kaum bumiputera dan peribumi Sabah dan Sarawak.Di samping itu,Malaysia sebagai negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi dan berparlimen.Oleh itu,Malaysia sebagai negara raja berpelembagaan serta Malaysia juga sebagai sebuah persekutuan.akhir sekali,ketertinggian perlembagaan dan undang-undang.

      PERLEMBAGAAN MALAYSIA

             Perkara penting yang mencirikan perlembagaan ialah melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan,mempunyai raja berpelembagaan,mengamalkan system demokrasi berparlimen dan menjadikan agama islam sebagai agama rasmi,walau agama lain bebas diamalkan.Ini menunjukkan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sikap tolak ansur dan menjaga kepentingsn semua kaun dan bangsa.Manakala,kebebasab undang-undang di negara ini.Perlembagaan juga memperuntukkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan.ini melambangkan sikap toleransi pemerintah yang menjamin amalan demokrasi tetap wujud

      PINDAAN PERLEMBAGAAN

      Sejak tahun 1957 hingga 1982,Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali.
      Perkara 159(4) Sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara majoriti 2 per 3 dalam tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis Parlimen.

      Perkara 161(E) Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih 2 per 3 dalam setiap Majlis Parlimen jika ia dipersetujui oleh YD mana-mana negeri.

      Perkenan dan persetujuan Majlis raja-raja diperlukan dalam membuat apa-apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan raja-raja melayu,kedudukan istimewa orang melayu dan beberapa perkara dianggap sensitif dalam perlembagaan,sebahagian perkara memerlukan suara majority dalam parlimen.


      PERKARA YANG PERNAH DIPINDA

      ·         Pemisahan Singapura
      ·         Pertabalan raja
      ·         Mengenai gender
      ·         Pengurusan bekalan air
      Pertabalan raja : Rakyat tidak lagi akan marah kepada raja kerana raja juga terhad kepada peruntukan undang-undang.Jika rakyat melakukan sesuatu kesalahan terhadap raja,maka yang menentukan hukuman ialah pengadil hakim.

      KEDUDUKAN YANG DI-PERTUAN AGONG

      YDP Agung perlu berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agung apabila menghadapi tindakan undang-undang.Sekiranya raja menghadapi tindakan undang-undang,raja hendaklah berhenti menjalankan fungsi baginda dan jika didapati bersalah akan dihukum penjara lebih daripada satu hari akan diturunkan takhta melainkan jika baginda diampun.

      PENGURUSAN BEKALAN AIR

      Membolehkan kerja persekutuan menyelia pengurusan bekalan air di peringkat negeri,kecuali di Sabah dan Sarawak.

      PERLEMBAGAAN NEGERI  
                      
      Terbentuk daripada perkongsian antara negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia.Perkara 71(3) perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam perlembagaan sesuatu negeri tidak dipatuhi,walauapa pun yang terkandung dalam perlembagaan ini,parlimen boleh membuat undang-undang supaya peruntukan itu dipatuhi.Peruntukan untuk kuasa-kuasa negeri diistilahkan sebagai perkara perlu.Dalam jadual kelapan,terdapat dua perutukan utama iaitu Bahagian 1(peruntukan tetap dan peruntukan kewangan).Bahagian 2(peruntukan sementara)

      KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

      Parlimen 

      Memperoleh kuasa daripada perlembagaan yang akan menetukan kuasa perundangan kerajaan persekutuan di satu pihak dan setiap buah negeri di pihak yang lain.


      Perlembagaan 

      Menentukan perkaran bersama yang membolehkan parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya.Contoh undang-undang pertahanan,pelajaran,hal ehwal luar negara dan sebagainya.


      Kedudukan YDPA

      Baginda sebagai ketua negara ,lambang taat setia rakyat,lambang negara,Ketua Parlimen,Ketua Pemerintah dan sebagainya.


      Kuasa Perundangan

      Dijalankan oleh berbagai badan perundangan dan tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.


      Kebebasan asasi

      Kerajaan tidak boleh membuang negara seseorang warganegara,tidak boleh menahan seseorang warganegara daripada pulang ke tanah airnya,tidak boleh memaksa seseorang itu menjadi buruh paksa dan tidak boleh menjarakan mana-mana orang melainkan menurut undang-undang.

      KANDUNGAN RINGKAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

      Senarai persekutuan

       meliputi perkara mengenai hal ehwal luar negara,pertahanan,keselamatan dalam negeri,undang-undang jenayah dan sivil serta kewarganegaraan.


      Senarai bersama

       meliputi perkara yang membolehkan badan perundangan negeri membuat undang-undang selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang persekutuan.Contohnya,perlindungan bagi binatang liar,biasiswa perlindungan kanak-kanak,perancangan bandar&kampong,kesihatan awam dan lain-lain.


      Senarai negeri

      meliputi perkara-perkara yang diserahkan kepada negeri seperti hokum syarak,undang-undang diri dan keluarga orang islam,hari kelepasan negeri,jentera kerajaan negeri dan lain-lain.