Wednesday, 24 February 2016

PENGENALAN





Image result for politeknik tuanku sultanah bahiyah



NAMA AHLI:

Muhammad Afiq Farhan bin Mohamed Azmi  
 16DAT15F2060         
Nanthini A/P Ravichandran                               16DAT15F2054
Muhammad Hafizul Hadi bin Burhan               16DAT15F2032       
Nur  Azmeelia binti Osman                                   
  16DAT15F2046




PERLEMBAGAAN MALAYSIA


DEFINISI PERLEMBAGAAN 


  • Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti yang termaktub dalam undang-undang , adat atau peraturan yang lazim dipakai . 

  • Perlembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan -keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan antara institusi kerajaan , sama ada di pusat ataupun diperingkat tempatan . 

  • Perlembagaan juga merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara . kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara . selain itu , ia juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat . 

Tuesday, 23 February 2016

Rujukan


http://www.kptg.gov.my/sites/default/files/article/perlembagaanpersekutuan.pdf
http://cgzakariasej.blogspot.my/2014/05/perlembagaan-malaysia.html
http://amanipunyu.blogspot.my/
Buku Rujukan Pengajian Am
Buku Perlembagaan Persekutuan
Berita Harian

KESIMPULAN

Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan di negara ini.Walaupun Perlembagaaan Negara merupakan sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci, namun perlembagaan tersebut telah berjaya melincinkan pentadbiran negara dan mewujudkan keamanan serta kestabilan negara.Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia.Melalui perlenbagaan,setiap warganegara sama ada pemerintah atau rakyat mendapat hak masing-masing dan pembelaan yang sewajarnya.Peruntukan-peruntukan utama perlembagaan merupakan satu asas  yang menjadi tulang belakang kepada sistem pemerintahan di negara ini sejak merdeka sehingga kini.Malahan,wujudnya perkara-perkara yang utama tersebut telah menjadi agen penting dalam membezakan sistem pemerintahan di negara- negara dengan lain.Hal ini kerana,walaupun negara lain juga mengamalkan sistem demokrasi,namun sistem tersebut sangat berbeza dengan apa yang diamalkan di Malaysia.

Wednesday, 10 February 2016

SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN






  • Perlembagaan Malaysia pertama kai dikenali sebagai perlembagaan tanah melayu hari kemerdekaan dicapai . kemudian nama tu diubah kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada 16 september 1963 selepas pembentukan Malaysia

  • Pembentukan Perlembagaan Malaysia telah melalui proses sejarah yang agak panjang . Ia bermula dengan penguasaan british ke atas negeri perak , Selangor  negeri Sembilan dan Pahang juga dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu  (NNMB)

    • Walau bagaimanapun , bentuk pemerintahan baharu itu mendapat tentangan yang hebat daripada orang melayu . Penentangan ini menyebabkan british memperkenalkan pula satu lagi bentuk pentadbiran yang baharu iaitu Perjanjian Persekutuan 1948 .

      • Hasil daripada perjanjian ini , lahirlah satu perlembagaan baharu bagi tanah melayu yang berkuat kuasa pada 1 februari 1948 . Perlembagaan baharu itu dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 .

      • Persidangan tersebut telah menubuhkan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dipengerusikan oleh Lord Reid (England) , Sir Ivor Jennings (Uk), Sir William Makell (Australia), B . Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan) .



      • Perlantikan orang luar dalam penggubalan perlembagaan ini bertujuan mengelakkan masalah berat sebelah . Suruhanjaya reid telah mengadakan referendum dalam kalangan semua penduduk tanah melayu termasuk orang awam , parti politik , badan awam dan sebagainya . Akhirnya draf Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 ogos 1957 .

      LAMPIRAN

      Gambar-gambar tentang perlembagaan malaysia









      Keratan akhbar tentang perlembagaan malaysia













      Carta-carta tentang perlembagaan malaysia



















      BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN

      PERLEMBAGAAN BERTULIS

             Merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen.Perlembagaan bertulis ini mempunyai tiga sifat iaitu kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.Selain itu,parlimen mempunyai kuasa yang membuat undang-undang tehadap perkara yang terkandung dalam perlembagaan tetapi parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.Di samping itu,mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang dan melindungi perlembagaan.

      PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS 

             Merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen.Contohnya,Akta Parlimen dan keputusan mahkamah.Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis di mana parlime mendapat kuasa daripada perlembagaan.


      KANDUNGAN PERLEMBAGAAN

             Antara kandungan perlembagaan ialah Badan Kehakiman yang bebas dari kawalan Badan Eksekutif dan Badan Legislasif.Selain itu,Malaysia sebagai negara yang mengamalkan system pengasingan kuasa serta Malaysia juga negara yang amalkan kebebasan beragama dengan agama islam sebagai agama rasmi negara.Seterusnya,Bahasa kebangsaan,kewarganegaraan serta hak-hak istimewa kaum bumiputera dan peribumi Sabah dan Sarawak.Di samping itu,Malaysia sebagai negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi dan berparlimen.Oleh itu,Malaysia sebagai negara raja berpelembagaan serta Malaysia juga sebagai sebuah persekutuan.akhir sekali,ketertinggian perlembagaan dan undang-undang.

      PERLEMBAGAAN MALAYSIA

             Perkara penting yang mencirikan perlembagaan ialah melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Persekutuan,mempunyai raja berpelembagaan,mengamalkan system demokrasi berparlimen dan menjadikan agama islam sebagai agama rasmi,walau agama lain bebas diamalkan.Ini menunjukkan Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sikap tolak ansur dan menjaga kepentingsn semua kaun dan bangsa.Manakala,kebebasab undang-undang di negara ini.Perlembagaan juga memperuntukkan pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan.ini melambangkan sikap toleransi pemerintah yang menjamin amalan demokrasi tetap wujud